Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan melalui MBnya, Tuan Guru yang kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah kepada penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat yang tampil agak cemerlang dalam kejohanan Piala AFF baru-baru ini.
Aku berpendapat, pemberian ini mempunyai pro dan kontranya namum ianya terletak di bahu Khairul Fahmi agar tidak akan 'hanyut' dengan pemberian yang diberikan. Sudah menjadi trend sekarang dengan pemain bolasepak bergaya dengan kebendaan, tetapi aku percaya Apek bukanlah sebegitu. Juga media massa seperti Utusan Malaysia semalam banyak memperlihatkan rendahnya taraf mereka dengan semalam menyiarkan berita yang sepastinya 'palsu' mengenai Man United yang berminat mendapatkan Apek. Ini menjadikan pemain lebih KOYA sekadar pendapat aku.
Dengan Terengganu juga akan memberikan 6 lot rumah ke atas pemain mereka dalam skuad emas Harimau Malaya, ia akan atau seperti memperlihatkan persaingan untuk memberi token pulak kepada pemain-pemain yang berjaya. Bagi aku... tu pun nasib baik tak ada pemain dari pahang yang betul-betul berjaya menyumbangkan sesuatu kepada bolasepak negara. Kalau tak... mahu dapat Title Datuk ..
Apa apa pun, terima kasih kepada pimpinan Kelantan kerana beri rumah kepada Khairul Fahmi walaupun aku berpendapat, keutamaan harus diberikan kepada pembaikan bekalan air Kelantan yang hampir setiap minggu terdapat komplen dari orang ramai. Begitu juga dengan rungutan Tan Sri Annuar Musa dalam FBnya yang komplen mengenai keadaan padang bola di Stadium Sultan Muhamad IV yang teruk disamping lampu limpah stadium yang tidak memenuhi standard bolasepak / badan penyiaran.

No comments:
Post a Comment