Monday, January 3, 2011

Antara Tiang Gol


Satu harapan ialah semangat untuk menulis sekental tiang gol ini
Aku sebenarnya ingin melihat bolasepak malaysia menjadi maju ke hadapan. Aku juga ingin melihat rakyat malaysia ini memakai jersey kuning pasukan harimau malaya dan bukan jersey kuning pasukan brazil. Aku juga ingin melihat orang kita memeriahkan stadium walaupun duit dalam poket hanya tinggal cukup-cukup untuk tiket balik rumah. Dan sebenarnya aku ingin melihat pasukan kita samada pasukan kelab atau negeri atau pasukan kebangsaan kita lebih besar pengaruhnya daripada pasukan-pasukan barclays premier league.

Akibatnya ialah satu perasaan ingin mengulas isu-isu bola semasa samada isu tempatan atau isu luar negara telah terbit dan oleh itu lahirlah blog ini yang mengulas apa saja berkaitan bolasepak. Hasrat yang berkobar-kobar ini bukanlah terbit akibat penangan mencipta azam tahun baru tetapi ianya kerana ingin membuat sesuatu untuk bolasepak kita.

Jadi, di sini saya menyeru semua pembaca yang terlintas/tertekan mouse/blogwalking ke blog ini secara sengaja atau tak sengaja memberi komen atau bolehlah bersama-sama berkongsi artikel bagi mewujudkan suasana perbincangan bola yang menarik untuk semua mengambil manfaatnya.

Sekian, untuk permulaan dan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua.

Majulah bola untuk negara.

No comments:

Post a Comment