Mengikut report insider, kejadian Lee Bowyer 'meng-stamp' kaki Bacary Sagna sewaktu pertemuan Birmingham dengan Arsenal tempoh hari adalah kerana ketidakpuasan hatinya mendengar Kerajaan BN (Be End) dekat Malaysia ingin menaikkan lagi harga minyak di Malaysia. Dengan denda gantungan sebanyak 3 perlawanan ini, Lee Bowyer bercadang terbang ke K L untuk melawat ibu saudara sebelah nenek tiri angkatnya sambil ingin membuat demonstrasi di KLCC membantah kenaikan harga minyak yang hampir melepasi SkyBridge Twin Tower.
Sekian, Harap Maklum
Nota Kaki:
a) Misbun Sidek yang meletak jawatan Ketua Jurulatih Badminton juga dikhabarkan berbuat demikian kerana kenaikan Harga Minyak ini.
b) P Arivagalan dilepaskan dari jawatan skuad karate negara juga dikhabarkan akibat sebab yang sama
Nota Buku Lali
a) Terima Kasih kepada pemangkah Dacing kerana anda menyebabkan harga minyak naik.
No comments:
Post a Comment