Friday, January 7, 2011

Pesanan Ikhlas untuk Peminat Chelsea

Jangan terlalu mengharap... orang sekarang main bola tak perlu ada duit yang banyak atau mempunyai tenaga segagah Essien atau Drogba.. Juga orang sekarang juga tak terlalu ghairah dengan player-player dari Brazil seperti Ramirez .. Begitu juga jangan abaikan orang-orang tua tapi list seperti Ballack dan Calvarlho kerana perbuatan itu mengundang 'sumpahan'..

Staff yang  berkepala botak jugak jangan diambil 'enteng' .. Yang nyatanya sekarang, mamat kepala botak ex assistant manager mungkin tergelak giler babai kerana The Blues terumbang ambing setelah kontraknya tak dibarui. 

Satu lagi yang lain utama ialah, Jangan terlalu mengharap kepada Kapten Marvel kerana Awek member pun boleh dibahamnya..inikan pula kelab kepunyaan Roman Abra... yang tak ada kaitan langsung dengan aktiviti mengongket awek member....... tak ada kesedaran sivik dan tatasusila langsung. Hampeh..

Jadi.. mutakhirnya, bersiap sedialah untuk bermain dalam Europa League sahaja.

No comments:

Post a Comment