Thursday, January 13, 2011

Liverpool Yang Loser

Liverpool kalah lagi semalam. Kalah 2-1 dengan pasukan Blackpool. 2 games dan dua kalah untuk Kenny Daglish. Kenny bukanlah savior yang boleh menyelamatkan maruah liverpool tahun ni.Nampaknya, liverpool bukan setakat tak boleh main Europa League tahun depan, tapi akan merempat dikedudukan 15 ke bawah. hancuss..

Cuma aku nak ingatkan satu jer dekat penyokong Liverpool yang sebenarnya King K adalah bukan untuk King Kenny tetapi untuk King Kev iaitu Kevin Keegan. Seperti yang dicanangkan terdahulu oleh para penyokong Magpies. 

Buat Torres ; balik pindah Real Madrid lagi bagus ganti Higuain yang injured tu. kalau payah sangat pun pindah jer ke Ipswich yang maybe akan dapat piala tahun ini setelah mengalahkan Arsenal semalam dalam separuh akhir pertama League Cup.

Saturday, January 8, 2011

Edin Dzeko Seorang Lampu Jalan

Penyerang Wolfsburg Edin Dzeko melengkapkan permindahan ke kelab Manchester City semalam dengan harga sebanyak 27 Juta  Pound Sterling. Penyerang tinggi lampai ini yang dikenali sebagai 'kloc' atau lampu jalan di Bosnia menyatakan yang 'move' ini bukan disebabkan oleh duit tetapi kerana Man City merupakan kelab yang bercita-cita tinggi.

- Satu luahan yang ikhlas walaupun semua orang tahu yang RM 700 k seminggu itu bukan mudah untuk ditolak oleh mana-mana pemain ..

- Main bola satu musim dah boleh cover life expense untuk sepanjang hayat.

- Marilah kita tengok samada mamat ni boleh melawan tahap kekerasan fullback rovers iaitu Simba atau terjahan hebat John Terry.

Friday, January 7, 2011

Pesanan Ikhlas untuk Peminat Chelsea

Jangan terlalu mengharap... orang sekarang main bola tak perlu ada duit yang banyak atau mempunyai tenaga segagah Essien atau Drogba.. Juga orang sekarang juga tak terlalu ghairah dengan player-player dari Brazil seperti Ramirez .. Begitu juga jangan abaikan orang-orang tua tapi list seperti Ballack dan Calvarlho kerana perbuatan itu mengundang 'sumpahan'..

Staff yang  berkepala botak jugak jangan diambil 'enteng' .. Yang nyatanya sekarang, mamat kepala botak ex assistant manager mungkin tergelak giler babai kerana The Blues terumbang ambing setelah kontraknya tak dibarui. 

Satu lagi yang lain utama ialah, Jangan terlalu mengharap kepada Kapten Marvel kerana Awek member pun boleh dibahamnya..inikan pula kelab kepunyaan Roman Abra... yang tak ada kaitan langsung dengan aktiviti mengongket awek member....... tak ada kesedaran sivik dan tatasusila langsung. Hampeh..

Jadi.. mutakhirnya, bersiap sedialah untuk bermain dalam Europa League sahaja.

Jersey Perlis 2011

Yang ni cheq nak mai kaba, Yang kat tengah tu bukan pakaian sukan  yer. Tapi tak tahulah kalau Qatar nak buat pakaian wajib untuk World Cup 2022 nanti..

Fan Perlis : Bila pulak Tok Wan Sha kita ni join tabligh?.. tapi background tu tak grand la.. alang-alang tu, buat la kat hotel dan taruk proper background.